Monday 26 December 2011

Selamatkanlah Palestin!

Assalamualaikum semua..Semoga dlm lindungan Allah selalu.Kita tidak tahu, disaat kita bergembira, ada yg bersedih. Disaat kita hidup dlm keamanan, ada yg hidup didalam peperangan. Disaat kita bebas, ada yg hidup sbg pelarian..Disaat kita kekenyangan, ada yang kelaparan. Disaat kita bersama org2 yg tersayang, ada yg kesunyian. Disaat kita mampu berlari, ada yg hanya mampu terbaring.Disaat kita hidup, ada yg sudah meninggalkan kita ke alam yg lain.Jadi, bersyukurlah dgn nikmat yg tlh Allah berikan kpd kita.Allah masih sayangkan kita.Gunakan nikmat itu sebaik2nya.Hari ini saya nak kongsikan satu video yg tlh saya edit sendiri mengenai keadaan Umat Islam di Palestin. Saya tidak tahu, suatu hari saya tergerak hati nak mencari maklumat pasal Palestin setelah mendengar lagu 'Palestin Tomorrow will be Free' yg dinyanyikan oleh Maher Zain. Walaupun klip videonya hanya simple & berbentuk kartoon, tapi ia mampu menyentuh hati saya. Hati saya lagi tersentuh bila melihat keadaan sebenar di Palestin dari U-tube. Sblum ni saya pernah jugak dgr psl Palestin ni, tp saya tak ambil endah sgt. Tapi, bayangkan kalau kita berada di tempat mereka...apa yg mampu kita buat? Semoga dgn paparan ini mampu utk menyedarkan kita mengenai keadaan saudara kita disana..Buka mata, buka hati..Selamatkanlah Palestin!

Sunday 11 December 2011

Binatang lagi tahu berkasih-sayang.Kita??

Kasih-sayang ibu dan anak tiada tandingannya.


saiz bukan penghalang..

Tengok je ganas, tapi singa ni sangat sayangkan anaknya..

Burung sggup bersusah payah mencari rezeki utk anak2nya, biarpun dirinya terpaksa berlapar..

Rasa selamat dalam pelukanmu ibu...

Family is everything...

menyelami erti kasih syg yg sejati..

Sanggup berkorban apa saja..

Ibu tempat untukku bermanja..

we r family!


I Love u,Mummy!

so sweet...

Walau beruang ganas sekalipun,namun tetap sayangkan anaknya.

Berlainan jenis bukan penghalang utk berkasih-sayang.
 Binatang lagi tahu erti kasih-sayang..walau pun berlainan jenis.Walau ganas macam manapun..manusia??cuba tangok apa yg manusia telah buat...

Nyawa tiada lagi berharga..

Bayi dibuang begitu sahaja..

Kanak2 diperlakukan spt binatang


Bayi didera tanpa belas-kasihan

Tiada lagi tempat mengadu,hidup sentiasa dlm ketakutan...
Manusia diberikan akal untuk berfikir, hati untuk menilai, dan perasaan untuk merasai.Tetapi, dimana letaknya akal, hati, dan perasaan kita sehingga ada yg sanggup membuang dan menyeksa bayi yg baru lahir? Manakah hilangnya akal fikiran kita untuk berfikir dgn waras? Kalaulah beginilah jadinya,maksudnya manusia sggup meletakkan akal mereka lebih rendah lagi dari binatang!Berkasih-sayanglah manusia..kembalikanlah naluri semulajadi kita utk berkasih-syg.Jangan jadikan nyawa2 yg tak berdosa menjadi mangsa. Kembalilah pd fitrah kita...iaitu berkasih-sayang...
 Berkasih-sayanglah kerana kasih-sayang itu kunci kebahagiaan..

Saturday 10 December 2011

BERAMAL BAIK NAMUN MASUK NERAKA ???

 
BERAMAL BAIK NAMUN MASUK NERAKA ??? 
••► Yang seperti apakah itu ???

[Ibnu Taimiyyah]: ""Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal kebaikan malah ia masuk neraka. Sebaliknya ada pula yang beramal buruk malah ia masuk syurga.

••► Yang beramal kebaikan tersebut, ia merasa ujub (bangga dengan amalnya), lantas ia pun berbangga diri, itulah yang mengakibatkan ia masuk neraka.

••► Ada pula yang beramal buruk, namun ia senantiasa takut (akan azab Allah) dan ia iringi dengan taubat, itulah yang membuatnya masuk syurga."
Kisah ni mengingatkan saya pada masa dulu, masa zaman sekolah2 dulu,pernah ada seorang kawan saya cerita..kisah yg sama,mcm mana seorang ahli ibadah bila dia mati, dia dicampakkan ke dalam neraka..sementara kaki arak yg selalu pergi ke disko dimasukkan ke dlm syurga?? sebenarnya,ada kisah disebaliknya...Dikisahkan,ada dua org adik beradik, si abang alim orangnya, solat tak tinggal, selalu berpuasa dan mengerjakan amal ibadah. Manakala si adik pula seorang yang kaki arak, kaki judi dan selalu pergi ke disko. Suatu hari, si adik terfikir, "apa yg best sgt dok dlm masjid tu?jadi org alim,mengaji,kehidupan terkongkong, tak enjoy pun..." Dalam masa yg sama, si abang jugak terfikir "apa yg best sgt pergi disko tu..minum arak..berjudi...bla3.." terdetik perasaan ingin mencuba merasa perubahan kehidupan di antara si abang dan si adik. Apabila si adik berada di tempat abangnya, (di masjid) dia berasa dirinya sgt hina,dia menyesal atas perbuatannya selama ini,dia pun bertaubatlah. Sebaliknya, apabila si abang berada di tempat adiknya, si abang berasa enjoy sekali merasa kenikmatan dunia yg diselubungi dosa2 itu. Di dlm perjalanan balik, tiba2 kedua2 beradik tersebut kemalangan & meninggal dunia.. persoalannya, siapa masuk syurga & siapa yg masuk neraka? Laa...teka teki rupanya..Kawan sye yg lain dgn pantasnya menjawab.. "mestilah si abang yg masuk syurga sbb selama dia hidup, dia selalu beribadah, slalu dok atas tikar sejadah, cuma sekali je dia buat dosa.."Kawan sye yg lain pula menyambung.."si adik la yg masuk neraka sbb selama dia hidup, dia selalu berbuat dosa..kiranya amal ibadah yg dia buat tu tak setanding spt yg abang dia buat seumur hidupnya.." "awak pulak Atikah?sapa yg awk pikir masuk syurga, n sapa pula masuk neraka?" Dgn payahnya, sye pun menjawab.."emmm....bagi saya la kan, si adik yg masuk syurga, si abang pulak masuk neraka." Kawan2 sye yg lain terbeliak memandang saya..."sebab???"saya pun menyambung..."si adik mati dlm keimanan manakala si abang mati dlm kekufuran." "Yup!betol kata awk Atikah..walaupun si abang banyak berbuat amal ibadah dlm hidupnya, namun kehidupannya diakhiri dgn kekufuran & dosa2.Namun si adik pula masuk syurga sbb wlpn spnjg hidupnya bergelumang dgn maksiat & dosa2, tp ahernya dia sempat bertaubat." Ini bererti Allah akan menerima taubat hamba2nya walau banyak manapun dia berbuat dosa.Jangan sekali2 mencuba berbuat dosa sbb kita tidak tahu bilakah kita akan mati?dan sempatkah kita bertaubat sebelum dijemput malaikat maut? Keredhaan Allah itu penting..So, buatlah sesuatu tu betol2 kerana Allah.Bukan kerana nak mendapat nama & dipuji.Niat tu kerna sentiasa ikhlas kerana Allah.Semoga kawan2 smua mendapat ikhtibar dari apa yg saya kongsikan.Cerita yg saya kongsikan tu tiada kene mengena dgn sesiapa, sama ada yg hidup ataupun yg mati. Nanun,sebaliknya bnyk memberi pengajaran kpd kita..Renung2kan, dan selamat beramal..

Saturday 3 December 2011

Bekas Pensil Comel!

Assalamualaikum, hye semua..Hari ni saya nak ajak kawan2 semua buat benda baru, iaitu..."Bekas Pensil Comel".Caranya mudah sekali & bahan2nya senang didapati. Saya dapat idea nk buat benda ni semasa saya sdg minum air mineral dlm botol.Biasanya, lepas habis saja kita minum air mineral mesti kita buang botol air tu kan? Apa kata kalau kali ni kita cuba buat sesuatu yg berfaedah dgn menggunakan bhn2 yg sedia ada yg kita boleh recycle balik ni.Jom...

Bahan2 yg diperlukan:
1) Botol air mineral (saiz sederhana)
2) Riben besar (ikutlah nak warna apa)
3) Riben saiz kecil ckit.
3) Double tape.
4) Pisau & gunting

Caranya:
1) Potong botol air mineral tu setengah (guna pisau senang lagi)
2) Lilitkan riben saiz besar tu mcm bentuk S dkt botol tu tadi & lekat di setiap 3cm riben menggunakan double tape. (supaya kuat melekat & tak tertanggal)
3) Utk menjadikannya lebih comel lagi, lilitkan riben kecil pada mulut botol itu & ikat mcm bentuk riben. (semua tahu kan?senang je..)

Tadaaa...dah siap!Comel kan?Bolehla letakkan pensil @ pen kawan2 ke dlm bekas pensil baru tu. Seronok tau buat benda mcm ni. Bukan susah pun..Ni lah hasil kreativiti saya sendiri. Mulanya saya igt nak beli je bekas pensil.Tapi mahal sgt.Mcm x berbaloi je. Jadi, saya terfikirlah nak buat benda ni sendiri. Now, saya rasa puas sgt dpt guna bekas pensil yg saya buat sendiri. Tak perlu susah2 keluarkan duit. Kita akan lebih menghargai apa yg kita buat drpd apa yg kita beli. So, Selamat Mencuba!

Bahaya Zina!

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu ...anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. 
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? 
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. 
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.. 
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah. 
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? 
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah 
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. 
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? 
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. 
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. 

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... . Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. WAHAI PARA SAHABATKU...INSAFILAH DIRI. USTAZ ROSLI AL HAFIZ

Fadhilat Surah2 di dlm Al-Qur'an

Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
.۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

Wednesday 30 November 2011

Fakta Benar Tapi Lucu


Ini semua benar2 belaka….

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

p/s:saja nk kongsi dgn u all…hrp anda semua terhibur.