Sunday 31 July 2011

Fadhilat Solat Terawikh


FADILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Kelebihan setiap malam Ramadhan


KELEBIHAN SETIAP MALAM RAMADHAN
  1. Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana bayi yang baru dilahirkan.
2.    Diampunkan dosa orang yang yang beriman beserta dosa kedua ibu bapanya.
3.    Malaikat di bawah arash berseru supaya mereka yang mengerjakan solat sunat itu meneruskan sembahyang di malam lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa mereka.
4.    Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5.    Dikurniakan pahala sebagaimana orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
6.    Dikurniakan pahala sebagaimana malaikat di Baitul Makmur, manakala setiap batu dan tanah berdoa untuknya.
7.    Seolah bertemu dengan Nabi Musa dan menolongnya menentang Firaun dan menterinya Hamman.
8.    Dikurniakan pahala sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim.
9.    Dikurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad.
10. Dikurniakan padanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Jika meninggal dunia, ia dalam keadaan bersih dari dosa umpama bayi yang baru dilahirkan.
12. Dibangkitkan dari kiamat dengan muka yang bercahaya.
13. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Malaikat akan datang menyaksikan solat tarawikh serta Allah tidak akan menyesatkan mereka.
15. Semua malaikat yang memikul arash berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
16. Ia dicatit dikalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Dicatat kepada pahala sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Malaikat akan menyeru : " Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah redha denganmu dan dengan kedua-dua ibubapamu.
19. Ditinggikan darjatnya di syurga Firdaus.
20. Dikurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang soleh.
21. Allah akan membina untuknya mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.
22. Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kekalutan pada hari itu.
23. Dibina untuknya sebuah bandar daripada cahaya.
24. Akan membuka peluang 24 doa yang makbul pada hari itu.
25. Diangkat siksa kubur darinya.
26. Dikurniakan pahala 40 tahun beribadat pada malam itu.
27. Dikurniakan kemudahan melintasi siratulmustakim sepantas kilat.
28. Dinaikkan darjatnya seribu kali di akhirat.
29. Dikurniakan pahala 1,000 haji yang mabrur.
30. Allah berfirman : "Wahai hambaKu!, makanlah segala jenis buahan yang engkau hendak makan di syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salaabil serta minumlah air dari telaga nabi bernama Alkauthar.

Saturday 30 July 2011

20 Fakta Menarik mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.  
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan. 

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, namun hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Ramadhan Penghulu segala bulan


Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
 
Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun. 
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang. 
 
Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun sehingga sanggup bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.
 
Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
 
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.
 
Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1432H ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin...Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun akan datang. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. 
 
Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin....

Funny isn't it?

  • Funny how RM1 looks so big when you take it to Mosque, but so small when you take it to the market.
  • Funny how long it takes to do Zikr for an hour, but how quickly a team plays 60 minutes of basketball. 
  • Funny how long a couple of hours spent at Mosque are, but how short they are when watching a movie. 
  • Funny how we can't think of anything to say when we pray, but don't have difficulty thinking of things to talk about to a friend. 
  • Funny how we get thrilled when a football game goes into extra innings, but we complain when a "Tarawikh" during Ramadhan is longer than the regular time. 
  • Funny how hard it is to read a Surah in the Quran, but how easy it is to read 100 pages of a best selling novel. 
  • Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to get a back row at mosque so that scramble out. 
  • Funny how we need 2 or 3 weeks advance notice to fit a Mosque event into our schedule, but can adjust our schedule for other events at the last moment. 
  • Funny how hard it is for people learn a simple Preaching well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip. 
  • Funny how we believe what the newspaper says, but question what the Quran says. 
  • Funny how everyone wants to go to heaven provided they do not have to believe, or to think, or to say, or do anything. 
  • Funny how you can send a thousand 'jokes' through email or facebook and they spread like wildfire, but when you start sending messages regarding the Lord, people think twice about sharing. 
FUNNY, ISN'T IT?
Spread the Word and give thanks to Allah for He is good & Mercifull!

Friday 29 July 2011

Welcome back!

Assalamualaikum semua.hola3...rasanya dah lama dah saya tidak berblogging ni,kini tibalah masanya saya berblogging semula.Sebelum  ni saya masih tinggal di rumah ayah saya di Putrajaya dan dekat sana tiada internet.Baru semalam saya datang ke Kuching..and I was so happy!Ye lah, dapat jumpa family.Rasanya macam lama dah saya tak balik.Ada cuti pun saya tak manfaatkan sebaiknya.Sekarang ni tinggal dalam sebulan saja waktu untuk bersama dengan keluarga tercinta.Hope kepulangan saya ni dapat membawa sinar baru dalam family ni & kehidupan saya...

Saturday 16 July 2011

Tips CANTIK Khas Buat Muslimah


Nak tahu petua bagi menambahkan kecantikan diri anda kaum wanita?Cuba lihat panduan di bawah ini:
Petua Menjadi lebih cantik dan menarik:-
  • Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sbg  "hiasan mata" anda,nescaya akan semakin bening & jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya semakin manis.
  • Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang dibuat dari rasa malu yg dibuat dari "Salon Iman".
  • Pakailah "sabun istighfar" yg menghilangkan semua dosa & kesalahan yg anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dgn "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pada pandangan lelaki yg merbahaya.
  • Hiasilah kedua tangan anda dgn "gelang Tawaduk" & jari-jari anda dgn cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian."
  • Bedakilah wajah anda dgn "air Wudhuk", nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.
Di mana cantiknya seorang muslimah? Mungkin pada matanya yg hening yg selalu menjeling tajam atau yg kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.Boleh jadi ada bibirnya yg tak jemu2 menyerlahkan senyuman manis, atau yg sekali-sekala memberian kucupan mesra di dahi ummi,juga ayah,suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yg gemersik & suara manjanya yg boleh melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Kaum wanita harus menyakatan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan & memberikan keindahan2 itu. Namun,betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai, dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram,mata akan kelam. Satu sahaja yg tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yg dipupuk dgn iman & ibadah.

Mimpi Rasulullah tentang umatnya...

*Baca dan ambil ikhtibar.    

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.

     Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.

p/s:Subhanallah..setiap amal yg kita lakukan itu boleh menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat kelak.Begitu juga dgn keburukan yg kita lakukan.Jadi,sama2 kita muhasabah diri,amalkan kebaikan & tinggalkan keburukan.Semoga kita semua terlindung daripada seksaan di akhirat kelak.

Mutiara Hati: SIHAT CARA ISLAM

Mutiara Hati: SIHAT CARA ISLAM: "*Mesti baca...rugi kalau tak tahu .. . Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari..."

SIHAT CARA ISLAM

*Mesti baca...rugi kalau tak tahu...

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan. 

*Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (patutlah berat badan saya tak naik2.ni lah penyebabnya.saya mmg penggemar teh no.1.memang terbuktilah keberkesanannya).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit. Sebab air suam boleh melancarkan darah dan membersihkan saluran usus).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Sujud boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud mungkin darah akan mengalir ke ruang berkenaan. (setiap perbuatan dalam solat itu ada hikmahnya.So,jangan pandang remeh tantang solat.)

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 

p/s: Indahnya Islam.Islam juga tidak meninggalkan aspek kesihatan di dalam hidup.Semua yang dilakukan mesti ada sebab di sebaliknya.Amalkan juga sunnah Nabi.InsyaAllah selain dapat menjaga kesihatan itu kita juga boleh dpt pahala...Ingat ye...

Fadhilat Wudhuk


 

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya :
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

p/s:Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Life is full of challenge

Redhalah kerana kita yg dipilih & terpilih
Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.
     Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.
     Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
     Setiap orang mempunyai dugaannya yang tersendiri.Begitu juga saya.Kadang-kadang rasa tidak disayangi ketika semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Rasa tak sampai hati nak bagitahu mak dan ayah tentang masalah yang dihadapi.Cukuplah dugaan yang mereka lalui. Jangan pula saya nak menambah beban ini. Dikala sedih itu, tercurah sebuah sajak/poem hasil nukilan isi hati...

 Yes it's true,
I'm a big2 girl,
But I feel lonely,
In a big2 world...
What should I do?
U don't know what I feel,
While I'm alone,
U are not here with me,
And when I cry,
Nobody know what I feel,
Nobody swept my tears,
Nobody care about me...

     Dikala keseorangan dan tiada siapa pun peduli,ada insan yang sanggup berkongsi rasa hati. Insan yang lama telah saya kenali. Seseorang yang sangat memahami isi hati. Semangat dan nasihat yang diberikannya sangat memotivasikan diri. Terima kasih Ya Allah,kerana mempertemukan saya dengan insan sebegini. Apa-apapun cabaran dan dugaan yang dihadapi, berdoalah semoga Allah memberikan petunjuk untuk keluar dari masalah ini.


Anda bagaimana? Pernah alami atau tidak cabaran dan dugaan yang perit dalam dunia ini? Adakah anda berjaya menghadapi dengan tabah dan tenang dugaan dan cabaran itu?

Thursday 14 July 2011

Resepi kek Perkahwinan Special!

Resepi kek Perkahwinan yg lazat & nikmat.Cubalah!anda pasti suka.
Salam semua.Kali ni saya nak ajak pembaca semua buat kek perkahwinan..Bagi yang nak melansungkan majlis perkahwinan..Jom buat kek?Ni bukan kek biasa tapi kek perkahwinan yang SPECIAL punya!Tak cuba maka tak cinta..

Bahan:

1 lelaki sihat,

1 wanita sihat,

100% komitmen,

2 pasang restu orang tua,

1 botol kasih sayang murni.

Perisa:

1 sebuku besar humor,

25 gram rekreasi,

beberapa bungkus doa/ibadah

2 sudu teh telefon,



*Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.


Tip memilih bahan untuk dibuat adunan:

1)Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.-

2)Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan(sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAT,walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin....

3.Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.

4.Gunakan kasih sayang cap 'KEIMANAN' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.


Cara memasak:

1.Lelaki dan Wanita dicuci bersih,

2.Buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.

3.Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.

4.Masukkan niat yang murni ke dalam loyang yang berjenama "KEJUJURAN"dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.

5.Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya. Ingat jangan pilih perisa yang merosakkan seperti mengandungi alkohol, judi, dan perisa-perisa yang sejenama dengannya,kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan hati pada jangka masa panjang dan pendek.


*Nah.....Kek Perkahwinan ini sedia dinikmati oleh seisi keluarga...Selamat Mencuba..


Catatan:Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat.Tapi kalau sudah agak dingin,tambahkan lagi humor segar secukupnya,rekreasi sesuai dengan selera,serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'Tempat Ibadat'.Setelah mulai hangat,jangan lupa bertelefon bila berjauhan.Selamat mencuba,dijamin semuanya halal.

Bahaya Mi Segera!



Kandungan berbahaya dalam mi segera:

Kalsium Sulfat
: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Mi sedap kegemaranku!
Nampak sedap je kan? Tapi,bila baca tentang bahaya mi segera ni rasa macam dah tak sanggup lagi nak makan mi lagi.Sebagai student yang menetap di kampus memang tidak dinafikan kedang2 mi segera ni jadi makanan utama.Ye lah,nak jimat lah katakan...tapi,kalau jimat dah sampai membahayakan kesihatan tak ada gunanya.Entah dah berapa banyak dah kita makan 'racun' ni.Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.Ingat,kesihatan tu lebih penting dari segalanya...

Wednesday 13 July 2011

Menjawab 6 Soalan


SOALAN

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

*Fikirkan dulu apa jawapannya?

JAWAPAN

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya..      1)Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
2)Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.. 3)"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
4)Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.
5)Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.
6)Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Rahsia Solat


     Solat itu tiang agama bagi umat Muslim.Namun,adakah kita tahu rahsia disebalik solat yang kita lakukan sepanjang hari 5 waktu sehari semalam? Malah,ada yang masih melecehkan kewajiban bersolat yang sudah Allah tentukan kepada kita.Sedangkan 5 waktu pun kita tak larat nak buat,apakah lagi 500 waktu yang Allah tentukan sewaktu pertama kali perintah ini diturunkan?Namun,dengan kasih sayang Nabi s.a.w kepada umatnya,maka perintah itu telah dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja!Tidakkah kita bersyukur dengan pemberian ini?
      Memang tidak dapat disangkal pada mulanya memang susah untuk melatih diri untuk solat 5 waktu itu.Saya pun pernah menghadapi masalah yang sama sewaktu 'zaman jahiliah' dulu. Namun,berkat tarbiyah saya pada diri sendiri,serta nasihat ibu dan ayah serta rakan-rakan, alhamdulillah, saya boleh berubah. Pada mulanya memang ada terfikir bila dah tua nanti barulah nak berubah,tapi bila dengar berita kemalangan setiap hari yang ada saja kematian yang berlaku yang kadangkalanya melibatkan orang2 muda menyebabkan hati jadi kecut!Ya,memang betul,kematian itu sentiasa menjemput kita. Apa yang kita takuti adalah belum sempat untuk bertaubat ajal sudah tiba.Jadi, tanamkan pada diri, teguhkan tekad untuk memenuhi solat 5 waktu.(sekurang2nya.Kalau sudah rajin,bolehlah buat solat sunat sekali.)
     Solat itu mudah saja,ia dapat mencegah kita dari kemungkaran.Dulu mak saya pernah cakap, bukan susah pun.5 minit saja!(tu kalau dah malas sangat.hehe).Apa2pun,solat itu wajib!Maksudnya,kalau kita tak buat berdosa.Kalau kita buat,dapat pahala.Solat juga adalah tiang agama.Rumah kalau tak ada tiang mesti runtuh.Begitu juga dengan agama. Kalau asas agama kita tidak kukuh,maka senanglah akhlak kita runtuh.Sebelum itu,marilah kita selami rahsia disebalik solat ini:

1) Niat Sembahyang
-Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul
-Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.

3) Takbiratul Ihram
-Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.

4) Fatihah
-Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.

5) Rukuk
-Sebagai tikar kita didalam kubur.

6) Iktidal
-Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7) Sujud
-Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim.

8) Duduk Antara Dua Sujud
-Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
-Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

10) Tahiyat Akhir
-Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi
-Sebagai pendinding api neraka didalam kubur.

12) Salam
-Memelihara kita didalam kubur.

13) Tertib
-Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t.


Bagi yang bersolat,Alhamdulillah. Tapi bagi yang tidak bersolat itu berwaspadalah kerana kematian sentiasa menjemput kita.Mahukah kita mati dalam keadaan yang hina?Sudah tentu tidak,kan?Hampir setiap Muslim mengimpikan mati dalam keadaan khusnul khotimah.Semoga dengan perkongsian ini dapat menyemarakkan lagi semangat kita untuk bersolat.Selamat beribadah..^_^

Tuesday 12 July 2011

Kelebihan Bismillah




"BISMILLAH" adalah sebutan singkat dari lafaz "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis di Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekelip mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya...

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19.Ibnu Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca



*Jom join dgr lagu ni..best...

p/s: Jadi,apa tunggu lagi?Marilah kita sama2 mengamalkan dengan menyebut BISMILLAH setiap kali sebelum hendak melakukan sesuatu.Ucapannya simple,senang dan ringkas, tapi hikmahnya sungguh luar biasa.Jadikan ia sebagai salah satu amalan wajib seharian kita. Semoga kita di dalam perlindungan Allah selalu.InsyaAllah...