Saturday 16 July 2011

Life is full of challenge

Redhalah kerana kita yg dipilih & terpilih
Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.
     Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.
     Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
     Setiap orang mempunyai dugaannya yang tersendiri.Begitu juga saya.Kadang-kadang rasa tidak disayangi ketika semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Rasa tak sampai hati nak bagitahu mak dan ayah tentang masalah yang dihadapi.Cukuplah dugaan yang mereka lalui. Jangan pula saya nak menambah beban ini. Dikala sedih itu, tercurah sebuah sajak/poem hasil nukilan isi hati...

 Yes it's true,
I'm a big2 girl,
But I feel lonely,
In a big2 world...
What should I do?
U don't know what I feel,
While I'm alone,
U are not here with me,
And when I cry,
Nobody know what I feel,
Nobody swept my tears,
Nobody care about me...

     Dikala keseorangan dan tiada siapa pun peduli,ada insan yang sanggup berkongsi rasa hati. Insan yang lama telah saya kenali. Seseorang yang sangat memahami isi hati. Semangat dan nasihat yang diberikannya sangat memotivasikan diri. Terima kasih Ya Allah,kerana mempertemukan saya dengan insan sebegini. Apa-apapun cabaran dan dugaan yang dihadapi, berdoalah semoga Allah memberikan petunjuk untuk keluar dari masalah ini.


Anda bagaimana? Pernah alami atau tidak cabaran dan dugaan yang perit dalam dunia ini? Adakah anda berjaya menghadapi dengan tabah dan tenang dugaan dan cabaran itu?

No comments:

Post a Comment