Tuesday 12 July 2011

Suami idaman??

Baru-baru ini saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk "31 Ciri Suami idaman" daripada Ustazah Siti Nor Bahyah seperti yang terdapat dalam gambar diatas ini.Tiba-tiba terdetik hati nak membaca buku ini yang saya pinjam dari library UIA kerana pada mulanya tertarik dengan gambar dan cara penyampaian yang agak menarik dan tidak membosankan.Nak tahu tak kenapa saya membaca buku ini?Saya pasti anda mungkin mengetahuinya.Setiap kita mengimpikan pasangan yang baik yang menepati ciri2 yang kita impikan.Tapi tak semuanya perfect!Untuk mencari Mr. Right or Mrs. Right memang susah.Jadi,untuk mencari yang terbaik,kita mestilah menjadi yang terbaik dulu.Bak seperti kata2 yang terdapat di dalam Al-Qur'an yang saya ingat sebelum ni yang bermaksud;"lelaki yang baik2 hanyalah untuk perempuan yang baik2 sahaja dan lelaki yang jahat hanyalah untuk perempuan yang jahat juga."Jadi,ubahlah diri kita menjadi baik untuk mendapat yang terbaik!Untuk mencari pasangan juga jangan melihat pada luaran sahaja,tetapi yang penting dalamannya juga.Tiada gunanya jika dapat suami yang hensem,kaya,ada gaji besar,rumah besar,kereta besar, tapi main kayu tiga,suka berfoya-foya ataupun mendera..Jadi,kita perlu memilih suami yang mempunyai ciri2 yang baik dan sesuai dengan kehendak kita.Disini,saya telah simpulkan beberapa ciri suami idaman yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam mencari pasangan:
1) Beriman & Bertakwa
2) Berilmu & Bijaksana
3) Bersifat penyayang & romantik
4) Memahami sikap pasangan
5) Suka memberi hadiah
6) Melakukan aktiviti bersama-sama
7) Ringan tulang & Rajin
8) Pandai menghibur & bergurau-senda
9) Bersedia mendengar dan berbincang
10) Pandai memberi pujian
11) Pandai melayan & memujuk
12) Kreatif menjalin komunikasi
13) Penyabar & mampu menahan marah
14) Sentiasa optimis & berfikiran matang
15) Jujur
16) suka memberi & meminta maaf
17) menjaga penampilan & personaliti
18) Tidak cemburu buta 
19) Tidak cerewet
20)Menepati janji
21) Jiwa yang pemurah
22) Memuliakan keluarga isteri
23) Memenuhi nafkah zahir & batin
Satu lagi yang saya nak tambah, yang tidak terdapat di dalam buku ni.Antara ciri suami idaman yang penting juga adalah mencintai,menyayangi dan menerima kelemahan diri pasangan seadanya.Jangan melihat kelemahan diri itu pada pandangan yang negatif,tapi itulah tujuannya adalah untuk kita saling lengkap-melengkapi.Jadi, sudah tahu apakah ciri-ciri suami idaman hati? Berdoalah selalu agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.InsyaAllah...
Siapa Suami idaman anda?

No comments:

Post a Comment