Tuesday 12 July 2011

Wanita Idaman


Semalam saya telah mengupas sedikit sebanyak mengenai tajuk Suami Idaman.Hari ini pula saya akan membincangkan pula mengenai Wanita Idaman Suami. Saya mendapat ilham ini daripada komen adik saya yang ingin tahu mengenai ciri-ciri wanita idaman. Manalah tahu ia boleh menjadi tips kepada kita untuk membentuk peribadi seperti yang diimpikan oleh lelaki. Tetapi ini bukan alasan untuk kita menjadi hipokrit.Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat.Berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorang ibu yang hebat. Dan bagi lelaki2 diluar sana, diharap tips2 ini boleh digunakan untuk mencari isteri idaman anda.Dan bagi wanita2 pula,diharapkan tips ini boleh menjadi pendorong untuk kita menjadi yang lebih baik lagi.Berikut adalah ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki:

1. Berpegang Kepada Agama


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang bersifat keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan


Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamerkan Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet


Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain
 10. Mempunyai sifat keibuan
Kebanyakan lelaki akan mencari wanita yang mempunyai sifat keibuan ataupun penyayang sepertimana ibu mereka. Wanita yang mempunyai sifat keibuan membuatkan hati lelaki menjadi lembut dan meyakinkan mereka bahawa wanita tersebut boleh diharapkan untuk menjadi ibu kepada anak2 mereka nanti.

11. Rajin
Kerajinan merupakan salah satu ciri yang patut ada di dalam diri wanita idaman. Siapa suka orang yang malas?Rumah bersepah,tak nak memasak,diri tak terurus,tidur sampai pukul seribu..ish3..mana tak nya,suami pun mula pasang satu lagi.Jadi,mulai saat sekarang,rajin-rajinkanlah diri mengemas rumah,membasuh,memasak dan sebagainya.


12. Pandai memasak
Setiap lelaki mengimpikan isteri yang pandai memasak. Selepas berkahwin nanti,kemungkinan isterilah yang menjadi chef dirumah.Jangan hanya pandai makan di luar sahaja,duit pula habis untuk membeli makanan sahaja.Tetapi cubalah memasak untuk menambat hati suami.

Sekian sahaja ciri2 wanita idaman hasil pemerhatian dan pengalaman saya sebagai seorang wanita.Sesetengahnya hasil rujukan saya dari internet.Mungkin anda ada tambahan lagi?Bolehlah hantarkan sebarang komen kepada saya.Semoga dengan tips2 tersebut dapat menjadi panduan kepada wanita untuk menjadi lebih baik dan menjadi panduan buat lelaki untuk mencari ratu idaman hati.
Sekian,terima kasih...^_^

No comments:

Post a Comment