Monday 26 September 2011

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Friday 16 September 2011

Welcome new semester!

Assalamualaikum semua...maaflah lama x update blog ni sbb saya busy sgt sampai xde masa pun utk diri sendiri.Semester baru je bermula.Semangat nak belajar pun berkobar2.Harap2 semangat ni akan bertahan sampai ke penghujung semester nanti.
Semester ni sudah 2 tahun saya di UIA.Sekejap sungguh masa berlalu.Kawan2 pun semakin ramai.Yg bestnya sem ni saya ada kawan yg ambil course yg sama dgn saya hampir semua subjek,Fazliana namanya.Masa LIDV dulu dialah yg temankan saya dok UIA ni.Kitorang main saidina pagi ptg siang malam,panjat pokok ciku tepi mahallah,karoeke sama2,masak2,n mcm2 lagi.Saya sungguh bertuah dpt berkawan dgn dia.She so kind...
Semester ni jadual saya agak pack ckit.Kelas pula dari pagi sampai ke petang.Kadang2 saya tak balik bilik sebab masa amatlah suntuk.Jadi,saya selalu stay dkt masjid ataupun library.It will be my second home in UIA.hehe...
Bagi yg sudah graduate tu,Tahniah!Bukan mudah nak jalani kehidupan sbg pelajar ni.Assignment melambak2.Exam pula tak henti2.Dugaan sgtlah banyak.Apa2pun,buat teman2,jgn mudah lalai dgn kehidupan dkt Universiti ni.This is the place for us to study everything,not just study academic only.So,take this opportunity.Selamat Maju Jaya!

Thursday 8 September 2011

Pulanglah

Raya tahun ni agak hambar ckit..entah kenapa pun tak tahu..cdeyh ckit raya ni sbb x dpt bersama insan yg tersayang yg terpaksa beraya di perantauan utk mencari rezeki..hanya lagu yg dpt dikirimkan utk menyampaikan rasa hati..pulanglah...
 
Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya


Kesedihan bertambah lagi bila terdengar lagu raya yg sedih2...terutama sekali lagu sudirman,Dari Jauh Ku pohon Maaf..mesti sedih rasa hati bila tak dapat beraya dengan keluarga yg tersayang..I know what u feel..Diharap insan itu tabah & sabar menghadapi hari raya ini..Doa kami sentiasa bersamamu...

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh
I'm so proud of U.U willing to sacrifice for the sake of family & the people around U...Our pray is always with U..But,don't forget to come back after graduation.We always miss U..May Allah bless U..
With all of Love,
Lonika