Saturday 3 December 2011

Bekas Pensil Comel!

Assalamualaikum, hye semua..Hari ni saya nak ajak kawan2 semua buat benda baru, iaitu..."Bekas Pensil Comel".Caranya mudah sekali & bahan2nya senang didapati. Saya dapat idea nk buat benda ni semasa saya sdg minum air mineral dlm botol.Biasanya, lepas habis saja kita minum air mineral mesti kita buang botol air tu kan? Apa kata kalau kali ni kita cuba buat sesuatu yg berfaedah dgn menggunakan bhn2 yg sedia ada yg kita boleh recycle balik ni.Jom...

Bahan2 yg diperlukan:
1) Botol air mineral (saiz sederhana)
2) Riben besar (ikutlah nak warna apa)
3) Riben saiz kecil ckit.
3) Double tape.
4) Pisau & gunting

Caranya:
1) Potong botol air mineral tu setengah (guna pisau senang lagi)
2) Lilitkan riben saiz besar tu mcm bentuk S dkt botol tu tadi & lekat di setiap 3cm riben menggunakan double tape. (supaya kuat melekat & tak tertanggal)
3) Utk menjadikannya lebih comel lagi, lilitkan riben kecil pada mulut botol itu & ikat mcm bentuk riben. (semua tahu kan?senang je..)

Tadaaa...dah siap!Comel kan?Bolehla letakkan pensil @ pen kawan2 ke dlm bekas pensil baru tu. Seronok tau buat benda mcm ni. Bukan susah pun..Ni lah hasil kreativiti saya sendiri. Mulanya saya igt nak beli je bekas pensil.Tapi mahal sgt.Mcm x berbaloi je. Jadi, saya terfikirlah nak buat benda ni sendiri. Now, saya rasa puas sgt dpt guna bekas pensil yg saya buat sendiri. Tak perlu susah2 keluarkan duit. Kita akan lebih menghargai apa yg kita buat drpd apa yg kita beli. So, Selamat Mencuba!

1 comment: