BERAMAL BAIK NAMUN MASUK NERAKA ???
••► Yang seperti apakah itu ???
[Ibnu Taimiyyah]: ""Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal kebaikan malah ia masuk neraka. Sebaliknya ada pula yang beramal buruk malah ia masuk syurga.
••► Yang beramal kebaikan tersebut, ia merasa ujub (bangga dengan amalnya), lantas ia pun berbangga diri, itulah yang mengakibatkan ia masuk neraka.
••► Ada pula yang beramal buruk, namun ia senantiasa takut (akan azab Allah) dan ia iringi dengan taubat, itulah yang membuatnya masuk syurga."
Kisah ni mengingatkan saya pada masa dulu, masa zaman sekolah2 dulu,pernah ada seorang kawan saya cerita..kisah yg sama,mcm mana seorang ahli ibadah bila dia mati, dia dicampakkan ke dalam neraka..sementara kaki arak yg selalu pergi ke disko dimasukkan ke dlm syurga?? sebenarnya,ada kisah disebaliknya...Dikisahkan,ada dua org adik beradik, si abang alim orangnya, solat tak tinggal, selalu berpuasa dan mengerjakan amal ibadah. Manakala si adik pula seorang yang kaki arak, kaki judi dan selalu pergi ke disko. Suatu hari, si adik terfikir, "apa yg best sgt dok dlm masjid tu?jadi org alim,mengaji,kehidupan terkongkong, tak enjoy pun..." Dalam masa yg sama, si abang jugak terfikir "apa yg best sgt pergi disko tu..minum arak..berjudi...bla3.." terdetik perasaan ingin mencuba merasa perubahan kehidupan di antara si abang dan si adik. Apabila si adik berada di tempat abangnya, (di masjid) dia berasa dirinya sgt hina,dia menyesal atas perbuatannya selama ini,dia pun bertaubatlah. Sebaliknya, apabila si abang berada di tempat adiknya, si abang berasa enjoy sekali merasa kenikmatan dunia yg diselubungi dosa2 itu. Di dlm perjalanan balik, tiba2 kedua2 beradik tersebut kemalangan & meninggal dunia.. persoalannya, siapa masuk syurga & siapa yg masuk neraka? Laa...teka teki rupanya..Kawan sye yg lain dgn pantasnya menjawab.. "mestilah si abang yg masuk syurga sbb selama dia hidup, dia selalu beribadah, slalu dok atas tikar sejadah, cuma sekali je dia buat dosa.."Kawan sye yg lain pula menyambung.."si adik la yg masuk neraka sbb selama dia hidup, dia selalu berbuat dosa..kiranya amal ibadah yg dia buat tu tak setanding spt yg abang dia buat seumur hidupnya.." "awak pulak Atikah?sapa yg awk pikir masuk syurga, n sapa pula masuk neraka?" Dgn payahnya, sye pun menjawab.."emmm....bagi saya la kan, si adik yg masuk syurga, si abang pulak masuk neraka." Kawan2 sye yg lain terbeliak memandang saya..."sebab???"saya pun menyambung..."si adik mati dlm keimanan manakala si abang mati dlm kekufuran." "Yup!betol kata awk Atikah..walaupun si abang banyak berbuat amal ibadah dlm hidupnya, namun kehidupannya diakhiri dgn kekufuran & dosa2.Namun si adik pula masuk syurga sbb wlpn spnjg hidupnya bergelumang dgn maksiat & dosa2, tp ahernya dia sempat bertaubat." Ini bererti Allah akan menerima taubat hamba2nya walau banyak manapun dia berbuat dosa.Jangan sekali2 mencuba berbuat dosa sbb kita tidak tahu bilakah kita akan mati?dan sempatkah kita bertaubat sebelum dijemput malaikat maut? Keredhaan Allah itu penting..So, buatlah sesuatu tu betol2 kerana Allah.Bukan kerana nak mendapat nama & dipuji.Niat tu kerna sentiasa ikhlas kerana Allah.Semoga kawan2 smua mendapat ikhtibar dari apa yg saya kongsikan.Cerita yg saya kongsikan tu tiada kene mengena dgn sesiapa, sama ada yg hidup ataupun yg mati. Nanun,sebaliknya bnyk memberi pengajaran kpd kita..Renung2kan, dan selamat beramal..
Cerita ni tajuk apa ye... Dh lupa.. Nk tgk lgi la
ReplyDelete