Resepi kek Perkahwinan yg lazat & nikmat.Cubalah!anda pasti suka. |
Salam semua.Kali ni saya nak ajak pembaca semua buat kek perkahwinan..Bagi yang nak melansungkan majlis perkahwinan..Jom buat kek?Ni bukan kek biasa tapi kek perkahwinan yang SPECIAL punya!Tak cuba maka tak cinta..
Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.
Perisa:
1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
beberapa bungkus doa/ibadah
2 sudu teh telefon,
*Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
Tip memilih bahan untuk dibuat adunan:
1)Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.-
2)Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan(sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAT,walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin....
3.Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
4.Gunakan kasih sayang cap 'KEIMANAN' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara memasak:
1.Lelaki dan Wanita dicuci bersih,
2.Buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
3.Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
4.Masukkan niat yang murni ke dalam loyang yang berjenama "KEJUJURAN"dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
5.Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya. Ingat jangan pilih perisa yang merosakkan seperti mengandungi alkohol, judi, dan perisa-perisa yang sejenama dengannya,kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan hati pada jangka masa panjang dan pendek.
*Nah.....Kek Perkahwinan ini sedia dinikmati oleh seisi keluarga...Selamat Mencuba..
Catatan:Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat.Tapi kalau sudah agak dingin,tambahkan lagi humor segar secukupnya,rekreasi sesuai dengan selera,serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'Tempat Ibadat'.Setelah mulai hangat,jangan lupa bertelefon bila berjauhan.Selamat mencuba,dijamin semuanya halal.
No comments:
Post a Comment