Saturday, 16 July 2011

Tips CANTIK Khas Buat Muslimah


Nak tahu petua bagi menambahkan kecantikan diri anda kaum wanita?Cuba lihat panduan di bawah ini:
Petua Menjadi lebih cantik dan menarik:-
  • Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sbg  "hiasan mata" anda,nescaya akan semakin bening & jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya semakin manis.
  • Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang dibuat dari rasa malu yg dibuat dari "Salon Iman".
  • Pakailah "sabun istighfar" yg menghilangkan semua dosa & kesalahan yg anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dgn "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pada pandangan lelaki yg merbahaya.
  • Hiasilah kedua tangan anda dgn "gelang Tawaduk" & jari-jari anda dgn cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian."
  • Bedakilah wajah anda dgn "air Wudhuk", nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.
Di mana cantiknya seorang muslimah? Mungkin pada matanya yg hening yg selalu menjeling tajam atau yg kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.Boleh jadi ada bibirnya yg tak jemu2 menyerlahkan senyuman manis, atau yg sekali-sekala memberian kucupan mesra di dahi ummi,juga ayah,suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yg gemersik & suara manjanya yg boleh melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Kaum wanita harus menyakatan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan & memberikan keindahan2 itu. Namun,betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai, dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram,mata akan kelam. Satu sahaja yg tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yg dipupuk dgn iman & ibadah.

No comments:

Post a Comment