Thursday, 17 May 2012

Saya suka menjahit!

Salam sejahtera semua...
Today, I would like to share my new hobby with all of u..
Ape kaitan dgn tajuk diatas??
Ada kaitannya...meh sye citer ckit...
Utk pengetahuan semua,sem ni sye tlh belajar menjahit & membuat manik.
Walaupun busy dgn study, tp sye tetap nak amik jgk..
Ni termasuk dlm aktiviti kokurikulum kte dkt UIA ni..
Sebenarnya mcm2 skills yg ditawarkan UiA utk student yg amek koku ni..
Antaranya swimming, cooking, sewing, memanah,berkayak, recreation, first aid, tahfiz, automotif, fotografi, gamelan, management & mcm2 lg..semuanya best2 kan?kalau boleh, mcm nak amek smua je..tp kne pilih satu je..jd sye ambil sewing.dlm masa yg sama sye jgk belajar swimming dgn kawan yg amik kls swimming..seronok...
Ok, cukup utk intro.bila cakap pasal sewing ni kan, smua org mesti nak taw kenape sye amik sewing??
Tu la soalan pertama yg cikgu sewing sye tanya.
Semuanya kerana sye minat & nak try something new.Tu je??
Bukan tu je, bila dah pandai menjahit tu, bolehla buat baju sendiri..x pelu la byr mahal2 suruh tailor jahit baju utk kita.Lagipun, upah menjahit skrg ni mahal.untungla tailor2 dkt luar tu..
Mungkin suatu hari nanti ble dah mahir, boleh jadi fashion designer!Wow, menarik tu!
Utk pgtahuan korang smua, menjahit x terhad kepada perempuan je taw, malah lelaki pun ada jugak yg belajar menjahit..cikgu yg mengajar sye menjahit pun lelaki...
Utk skill 1 ni, sye tlh blaja buat blause dgn skirt panjang. Skill 2 nanti baru la blaja buat baju kurung dgn jubah..x sabar rasanya nak buat!
Rasanya ni la 1st time sye buat baju & I like it so much!
Tekunnya menjahit manik....
Ni la hasilnya...baju blause & skirt pertama yg saya buat..
So, mcm mne? Dah tengok kan hasilnya?Wlpn baru 1st time blaja, sye percaya & yakin yg sye pun mampu menjahit pakaian sendiri..Sye hrp sye akan terus komited dgn menjahit ni & dpt membuat pakaian yg lebih baik lagi...
Anda pula bagaimana?

Friday, 11 May 2012

I'm come back!

Assalamualaikum..hye...
so long x update blog..sbbnya internet slow sgt..
Sepanjang sem ni bnyk perkara yg tlh berlaku yg x smpat pun nak cerita smuanya scara detail dlm blog..antaranya sem ni sye blajar swimming,sewing & singing..hihii...& sem ni sye bnyk join mcm2 aktiviti, program & pertandingan, antaranya pertandingan kuiz Arab, menjahit manik, sukaneka & so on...sem ni jgk sye bnyk pegi ke tempat2 yg menarik& merasai pengalaman yg luar biasa..sbb tu la sye busy...
sem ni la sye mmg terputus hbgn dgn dunia luar. fb pun x dpt dibukak lagi..bleh pulak terlupa password lps format lappy awl2 sem ni..nak buat fb baru xdpt2..entah xtaw pulak ape sbbnye..mmg mcm katak dibawah tempurung.satu2nya yg boleh membuatkanku berhubung dgn dunia luar adlh handphone..nasib baikla mseh ok lg.wlpn dah bnyk kali terjatuh.huhuu...blehla roger2 org tanya perkembangan semasa..sem ni pun dah nak abes..x lme lg final exam..nak diceritakan semua yg berlaku dlm sem ni x smpatla..tp nanti sye kan update blog lg.feeling hepi sgt dpt kongsi cerita dlm blog ni.wlpn xde org yg baca..tp tu yg bagusnya..nnti kalo ada yg baca segan pulak..hihii...apa2pun, it's my story & I'll never let it boring...yezZa..

Thursday, 2 February 2012

Jangan minum berdiri!

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
  •   Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
  •   Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
  •   Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
  •   Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Monday, 30 January 2012

Kisah Tiang yg Menangis

 Kisah Ustuwanah mukhallak,Ini juga dikenal sebagai Ustuwanah Hannanah 
(tiang yang menangis)

Ini juga dikenal sebagai Ustuwanah Hannanah (tiang yang menangis). ini adalah tiang yang paling diberkahi karena inilah tempat shalat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Di tempat ini dulu pernah tumbuh sebatang pohon kurma, sebelum dibuatkan mimbar, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pernah bersand...
ar di pohon ini ketika memberikan khutbahnya, setelah mimbar selesai dibuat, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam hendak menggunakannya utuk berkhutbah,terjadilah suatu peristiwa ketika akan dilakukan pertukaran, suara tangis yg menyayat hati dan bergema keseluruh masjid, dan orang2 yang berada di dalam masjid itu juga turut menangis. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kemudian menghampiri pohon itu, lalu beliau meletakkan tangan ke atasnya dan tangisan itu berhenti, kemudian Rasul bersabda “Pohon itu menangis karena dahulu dzikrullah telah terdengar berdekatan dengannya, tetapi sekarang setelah mimbar dibuat ia telah kehilangan dzikir yg berdekatan dengannya, karena itulah dia menangis, seandainya aku tidak meletakkan tanganku ke atasnya ,ia akan menangis terus hingga kiamat.”

Kemudian pohon itupun kering, ini adalah peristiwa yang sangat terkenal yang diriwayatkan oleh sepuluh sahabat. ketika Hasan Al Bashri rah.a,meriwayatkan cerita ini Beliau menangis begitu kuat dan berkata ” WAHAI MANUSIA, POHON INI BEGITU RINDU SEKALI KEPADA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM,,TIDAKKAH KAMU LEBIH BERHAK UNTUK RINDU DAN MENCINTAI BELIAU?” ( Syifaul Asqam)

Terukir di bintang-Yuna

video
Suke sgt dgr lagu ni..santai n soooooo sweet..kalo x caye dgrlah sendiri...

Kebijaksanaan Lukman Al-Hakim

 
Al-kisah maka tersebutlah satu kisah..
Pada satu hari, Luqman al-Hakim disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing, lalu berkata si tuan itu : wahai Luqman! Pisahkanlah dari kambing ini, 2 ketul dagingnya yang paling istimewa sekali! Maka Luqman pun memotong lidah dan hati kambing itu, serta dihulurkannya kepada tuannya..

Pada ketika yang lain pula, si tuan itu datang lagi, serta menyuruh Luqman menyembelih seekor kambing yang lain pula. Kemudian berkata si tuan itu: wahai Luqman! Pisahkanlah dari kambing ini, 2 ketul kambing yang paling jelek sekali! Maka Luqman sekali lagi mengambil lidah dan hati kambing itu, kemudian diserahkannya kepada tuannya..

Si tuan merasa takjub dan hairan, seraya berkata : wahai Luqman! Dahulu aku minta 2 ketul daging yang istimewa dari seekor kambing, engkau berikan aku lidah dan hati. Kali ini, aku minta pula 2 ketul daging yang paling jelek sekali dari seekor kambing, engkau berikan aku lidah dan hati juga, bagaimana halnya? Tolong terangkan!

Luqman menjawab: ya tuanku, sebenarnya tiada suatu anggota pun yang lebih baik daripada hati dan lidah, jika keduanya memang baik. Sebaliknya pula, tiada suatu anggota pun yang lebih buruk daripada hati dan lidah, jika keduanya memang jahat.

Kesimpulan daripada kisah ini, sememangnya lidah dan hati itu merupakan tempat duduk segala rahsia. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam menentukan budi pekerti dan kelakuan manusia. Apabila baik lidah dan hati manusia, maka baiklah kelakuannya. Sebaliknya apabila jahat hati dan lidahnya maka jahatlah kelakuannya.

Seperti dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus hatinya. Dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya”..

Oleh itu, jelaslah disini bahawa apa yang hendak disampaikan oleh Luqmanul Hakim adalah tentang peranan hati dan lidah dalam pembentukan sahsiah diri kita untuk menjadikan kita seorang manusia yang baik atau jahat..
 

Sunday, 29 January 2012

Beruntungnya wanita

 Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...
6sebab:

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Tapi sayang,
masih ramai lagi wanita yang masih tidak menyedari bahawa mereka beruntung.
masih ramai lagi wanita yang masih menonjolkan aurat.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
-|Ar-Rahman|-