Saturday 16 July 2011

SIHAT CARA ISLAM

*Mesti baca...rugi kalau tak tahu...

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan. 

*Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (patutlah berat badan saya tak naik2.ni lah penyebabnya.saya mmg penggemar teh no.1.memang terbuktilah keberkesanannya).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit. Sebab air suam boleh melancarkan darah dan membersihkan saluran usus).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Sujud boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud mungkin darah akan mengalir ke ruang berkenaan. (setiap perbuatan dalam solat itu ada hikmahnya.So,jangan pandang remeh tantang solat.)

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 

p/s: Indahnya Islam.Islam juga tidak meninggalkan aspek kesihatan di dalam hidup.Semua yang dilakukan mesti ada sebab di sebaliknya.Amalkan juga sunnah Nabi.InsyaAllah selain dapat menjaga kesihatan itu kita juga boleh dpt pahala...Ingat ye...

1 comment: