Thursday 25 August 2011

5 syarat nak buat maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Monday 22 August 2011

Jom buat Biskut Raya!

Salam,semua...maaf sbb dah lama tak update blog saya.Beberapa hari ni saya sibuk sgt buat biskut raya..saja je nak mengisi masa lapang..resapinya ada yg saya cari dalam internet,ada yg saya reka sendiri,and tak lupa idea mak saya jugak.Seronok jugak buat biskut ni daripada takde kerja nak buat...
Ni Biskut Lemon Cherry.Resepi mak saya.biskut pertama yg saya & mak buat.
Yg ni Biskut Chezzy.Saya memang suka letak cheese banyak2 kat atas tu..
Nampak sadap je cheese tu cair..saya dah letak dlm balang dah.simpan utk raya nnti..hehe...


1st time saya buat Biskut mama carries.jadi jugak ahernya.Biskut ni saya beri nama Biskut LoNika...hehe...     




Biskut ni leceh ckit nak buat lorekan corak kat tgh tu..wlpn hmpir2 nak give up tp sy teruskan usaha buat biskut tu sampai habis.bak kata pepatah,Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke angkal lengan..
Asalnya biskut suji.Ada org kata biskut makmur.Tapi saya kasi nama Biskut Snow White...biskut ni dah saya modify ckit kasi rasanya sedap.
Biskut ni special ckit sbb ni la biskut yg saya reka sendiri..nama diberi Biskut Nutella...bahan2nya semua yg ada kat dapur saya sapu habis...ikut suka saya je nak letak apa.janji sedap.hehe...
Ni biskut Coconut Star..Inspirasi dari mak saya & diolah sendiri oleh saya.Biskut ni comel je...ada mcm owg yg buatnya x?hehe...gurau je...
Sebenarnya banyak lagi biskut yg saya nak buat.Tapi banyak juga benda lain yg saya perlu buat. Sebenarnya seronok buat biskut ni.Lagi seronok kalau boleh rasa biskut yg kita buat sendiri.Seronok lagi kalau ada owg puji.Tapi,xde owg puji pun xpe..Janji kita buat seikhlas hati.Kalau tahu asasnya memang senang la nak buat biskut.Setiap hari buat biskut pun saya tak kisah.Minat tu mesti ada.Yang penting juga buat dengan rela hati,bukan dengan paksaan,barulah jadi.Ok lah,waktu berbuka dah nak tiba.Petang ni saya rasa mcm nak masak ayam panggang madu@Honey roaster...tapi mak saya nak saya buat ayam masak kurma.Mana satu ni?baik saya tdow dlu cari ilham.Manalah taw dpt ilham nnti..hehe..Apa2pun,Selamat Bermasak n Selamat Berbuka Puasa...

Sunday 21 August 2011

Kisah Hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
 
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...


 p/s: suka dgr lagu ni...liriknya bez n menyentuh kalbu...saya nak upload video tadi,tp lama sgt tggu..jd,saya buang terus.tp,kalo nak jgk dgr blehla bkk u-tube or 4shared.tajuk lagunya Kisah hati by Alyah..bezz....

Tuesday 16 August 2011

10 Tips Kecantikan yg boleh diikuti semua

10 Tips Kecantikan yg Boleh diikuti semua
 
1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?

2. Bersenam!Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

p/s:Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dari dalam diri dan amalan kita sehari-hari!Percayalah,setiap dari kita itu ada kecantikan yg tersendiri yg perlu kita jaga selalu..

Monday 15 August 2011

Memasak itu Kegemaranku...

Salam semua..apa khabar?
Beberapa hari ni saya makin busy kat dapur...memasak la katakan...sudah bermacam-macam resepi yang saya cuba.Tak kisahla sedap ke tak,janji saya rasa happy bila buat benda ni..kalau dkt kampus pun bukannya boleh memasak.Nak bawa rice cooker pun susah,kena sembunyi2..So,peluang dkt rumah ni saya gunakan sebaiknya untuk buat benda yg saya suka...iaitu memasak!hehehe...ni la hobi yg paling saya suka.Harap2 suatu hari nanti bolehla saya jadi chef.mcm Chef Wan..hehe...layak ke?Apa2 pun,saya memang chef kat rmh ni.Setiap hari saya akan memikirkan makanan utk dimasak.Kadang2 saya suka reka resepi saya sendiri.Tak pun saya modified resepi yg sedia ada.Tu la kadang2 jadi,kdg2 tak mknn yg saya buat ni..hehe..hentam sajala labu..janji happy!hehe...Jom kita tengok apa yg saya masak hari ni..
Biskut cheese yg telah saya modify ckit...baunya sedap!tapi rasanya belum taw lagi..buka puasa nanti saya nak rasa..hehe...

Daging Masak Hitam kegemaranku...nampak sedap je...x sbr nak tggu buka puasa ni.hehe...    



InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan share resepi masakan saya dalam blog ni.Memasak tak de la susah sgt.Janji ada kemahuan...di situ ada 'highway'...hehehe....

Thursday 11 August 2011

10 Amalan yang Terbalik



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM 50.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM 30.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

p/s: Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Monday 8 August 2011

Cerita Lucu..hehe..

Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut. 

Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan
Ali: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
Abu: kau makan ape?
Ali: makan angin...............................

Sunday 7 August 2011

Kelebihan Buah Kurma


KELEBIHAN KURMA

Kurma ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan.Dengan memakan sebiji kurma seseorang akan mendapatkan kecergasan segera, lebih-lebih lagi pada bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis. Kurma mempunyai banyak kelebihannya jika dilihat daripada beberapa sudut :

1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan .
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran .
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadith Rasulullah s.a.w. :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadith ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma".

B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".

Tuesday 2 August 2011

Perisyiwa yg Berlalu dalam Hari-Hari



Ahad
1) Allah menjadikan alam ini
2) Allah menjadikan bintang bintan di langit
3) Allah menjadikan api neraka
4) Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis
5) Allah menjadikan tujuh jenis lautan
6) Allah menjadikan tujuh anggota manusia


Isnin
1) Nabi Idris as dinaikkan Allah ke langit
2) Nabi Musa as mengunjungi bukit Tursina
3) Bukti keEsaan Allah diturunkan
4) Junjungan besar Nabi Muhammad saw dilahirkan
5) Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah saw
6) Rasulullah saw wafat

Selasa
1) Nabi Yahya telah dibunuh
2) Nabi Zakariah telah dibunuh
3) Tukan tukan sihir Firaun ditewaskan
4) Asiah isteri Firaun mati dibunuh
5) Lembu kaum BAni Israel dibunuh
6) Habil dibunuh oleh Qabil

Rabu
1) Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah
2) Firaun dan bala tenteranya hancur binasa
3) Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyanmuk
4) Umat Nabi Saleh as dihancurkan dengan teriakan keras dari malaikat
Jibril as
5) Umat Nabi Hud as dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat
 
Khamis
1) Nabi Ibrahim as memasuki kerajaan Mesir
2) Saudara Nabi Yusuf as telah menemuinya semula di Mesir setelah lama terpisah
3) Nabi Yaakib as bertemu dengan anaknya semula Nabi Yusuf as di Mesir
4) Nabi Musa as memasuki Mesir
5) Nabi Muhammad saw memasuki Kota Mekah

Jumaat
1) Nabi Adam as berkahwin dengan Siti Hawa
2) Nabi Yusuf as berkahwin dengan Zulaikha
3) Nabi Musa as berkahwin dengan Siti Safura anak Nabi Syuib as
4) Nabi Sulaiman as berkahwin dengan puteri Balqis
5) Rasulullah saw berkahwin Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah
6) Ali b Abu Thalib ra berkahwin dengan Siti Fatimah

Sabtu
1) Nabi Nuh as diperolok olokkan oleh kaumnya
2) Nabi Saleh as ditipu oleh umatnya
3) Nabi Yusuf as ditipu oleh saudara saudaranya
4) Nabi Musa as ditindas oleh Firaun
5) Nabi Isa as diperdayakan oleh kaum Yahudi
6) Nabi Muhammad saw menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah