Wednesday 30 November 2011

Fakta Benar Tapi Lucu


Ini semua benar2 belaka….

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

p/s:saja nk kongsi dgn u all…hrp anda semua terhibur.

Wednesday 23 November 2011

Video Competition...

Assalamualaikum semua..khaifa haluka?Ana bil khoir.Alhamdulillah...Baru2 ni saya ada join video making competition.It's about learning foreign language. Cayalah dapat buat video ni dalam satu malam je. Esok nak hantar tapi apa benda pun tak prepare lagi. Jadi,habis kelas pukul 7 tu,dgn penat lelahnya,saya hanya terpikir nak give up je.Masakan sempat nak buat video dlm satu malam je?Dahlah ahli x ckup,text xda..apa pun xda.mmg mustahil kan?Tapi,bila terkenangkan ustaz yg beria2 nak kita join pertandingan ni,jadi saya gagahkan diri juga.Saya panggil semua ahli kumpulan & ajak berbincang. Dahla mlm tu saya ada meeting jugak.Memang letihla.Mula2 kita igt nak buat dialog sendiri,tapi oleh sbb diri xde la expert sgt bahasa arab,jadi kite amek je dlm buku and ubah ckit2.Dalam masa yg singkat tu jugakla kita terus hafal skrip and acting terus.Tapi...siapa nak amek video?jurukamera x ada.jadi,kitorang call kawan masing2,mintak tolong pegang camera je.Tapi,semuanya dah tidur..mana tak nya,pukul 12 tuu..ada ke org shooting time tu?hehe...tiba2 je adalah seorang hamba Allah ni lalu dkt kita.Kita panggillah nak mintak tolong ambik video utk kita.Kebetulan dia kawan kpd kawan saya.Jadi,senaglah nak mintak tolong.Alhamdulillah...mmg Allah nak tolong kita.Masa ambil video tu,nasib baik la x bnyk cut.Kita buat serius punya.Taknak la ulang2 lagi.Yelah,dahla letih,ngantowk lagi tu.Habis je video tu kita terus edit.Dahla masa nak edit tu ada mcm2 problem berlaku.Video tu kene convert ke file lain.nasib baik saya ada video converter,jadi xyah ssh2 download lg.Tapi masalahnya,saya xpnh guna pun,& saya xtaw mcm mana nk guna.huhuuu...Berkat kesabaran membaca instruction,ahernya dapatlah video tu di'convert' ke file lain.Memang suka sgtla time tu.Then,bolehla saya edit video tu.Kita just buat cincai je.Yela,sbb dah lewat pagi dah.Yg selebihnya saya 'polish'kan balik.Akhirnya,jadilah video yg mcm korang tgk dkt atas tu.Haha...ada bakat ke nak jd mcm Yusuf Haslam?Who knows.....hehehe.....Ustaz tu yakin sgt kitorang bleh menang,wlpn dia x pernah pun tengok video tu.hehe..apa2 pun keputusannya,saya tak kisah,janji saya dah buat yg terbaik!Doakan kite ye...

Friday 18 November 2011

HambaMu

HambaMu
(Mawi & Akhil Hayy)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah..

*Suka dgr lagu ni..liriknya bez..muziknya pun best!lagu tema Imam Muda...setiap kali dgr rasa bersemangat!Hayya Bina!

Lumrah hidup sebagai Pelajar


Assalamualaikum,
Apa khabar semua?Rasanya lama dah saya x update blog ni..sorry ek..saya busy sgt...saya baru je habis exam..tapi tu x bermakna saya boleh rilex spenuhnya...bnyk lagi kerja lain nk perlu dibuat..assignment pula berlambak2..smuanya nak kena hantar ASAP(as soon as possible)..Program pulak mcm2..esk pula saya ada program leadership training di Ulu Yam..skrg ni tgh sibuk buat video utk competition.sempat jugak join ek..hehehe...
Bagi saya,jadi pelajar ni tak semestinya belajar je,tp kena aktif jgk dlm bidang lain..contohnya join mana2 persatuan,pergi mana2 aktiviti/program,join mcm2 pertandingan,bersukan,usrah,halaqah, and so on.Inilah nikmat pelajar tu sendiri bila rasa diri terlalu busy sampaikan xde masa pun utk diri sendiri.hehehe...Then,we know,betapa berharganya masa ni.Masa muda ni lah kita 'squeeze'kan  tenaga kita utk buat mcm2 aktiviti lasak, yg berfaedahla..dah tua nanti tkt x larat..
Sebagai pelajar jugak,tak best rasanya kalo hidup dgn buku je.Banyak lagi aktiviti lain yg kita perlu buat.Try and explore the world!Ni lah masanya kita cari pengalaman sebanyak yg mungkin.Rugi kalau tak grab this opportunity.Abadikan masa sbg pelajar sebaik mungkin.At least we get something to be proud...to show to our grandchildren..
Jadilah remaja yg berwawasan!Tetapkan matlamat,teguhkan keyakinan diri,insyaAllah,kita akan berjaya...

Wednesday 9 November 2011

Kisah si Pengemis buta dan Rasulullah

KISAH SI PENGEMIS BUTA DAN RASULULLAH S.A.W

Di sudut pasar Madinah ada seorang ...pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlak..

LoVe is......




Don't be sad if your love is not Accepted