Wednesday 13 July 2011

Rahsia Solat


     Solat itu tiang agama bagi umat Muslim.Namun,adakah kita tahu rahsia disebalik solat yang kita lakukan sepanjang hari 5 waktu sehari semalam? Malah,ada yang masih melecehkan kewajiban bersolat yang sudah Allah tentukan kepada kita.Sedangkan 5 waktu pun kita tak larat nak buat,apakah lagi 500 waktu yang Allah tentukan sewaktu pertama kali perintah ini diturunkan?Namun,dengan kasih sayang Nabi s.a.w kepada umatnya,maka perintah itu telah dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja!Tidakkah kita bersyukur dengan pemberian ini?
      Memang tidak dapat disangkal pada mulanya memang susah untuk melatih diri untuk solat 5 waktu itu.Saya pun pernah menghadapi masalah yang sama sewaktu 'zaman jahiliah' dulu. Namun,berkat tarbiyah saya pada diri sendiri,serta nasihat ibu dan ayah serta rakan-rakan, alhamdulillah, saya boleh berubah. Pada mulanya memang ada terfikir bila dah tua nanti barulah nak berubah,tapi bila dengar berita kemalangan setiap hari yang ada saja kematian yang berlaku yang kadangkalanya melibatkan orang2 muda menyebabkan hati jadi kecut!Ya,memang betul,kematian itu sentiasa menjemput kita. Apa yang kita takuti adalah belum sempat untuk bertaubat ajal sudah tiba.Jadi, tanamkan pada diri, teguhkan tekad untuk memenuhi solat 5 waktu.(sekurang2nya.Kalau sudah rajin,bolehlah buat solat sunat sekali.)
     Solat itu mudah saja,ia dapat mencegah kita dari kemungkaran.Dulu mak saya pernah cakap, bukan susah pun.5 minit saja!(tu kalau dah malas sangat.hehe).Apa2pun,solat itu wajib!Maksudnya,kalau kita tak buat berdosa.Kalau kita buat,dapat pahala.Solat juga adalah tiang agama.Rumah kalau tak ada tiang mesti runtuh.Begitu juga dengan agama. Kalau asas agama kita tidak kukuh,maka senanglah akhlak kita runtuh.Sebelum itu,marilah kita selami rahsia disebalik solat ini:

1) Niat Sembahyang
-Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul
-Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.

3) Takbiratul Ihram
-Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.

4) Fatihah
-Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.

5) Rukuk
-Sebagai tikar kita didalam kubur.

6) Iktidal
-Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7) Sujud
-Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim.

8) Duduk Antara Dua Sujud
-Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
-Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

10) Tahiyat Akhir
-Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi
-Sebagai pendinding api neraka didalam kubur.

12) Salam
-Memelihara kita didalam kubur.

13) Tertib
-Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t.


Bagi yang bersolat,Alhamdulillah. Tapi bagi yang tidak bersolat itu berwaspadalah kerana kematian sentiasa menjemput kita.Mahukah kita mati dalam keadaan yang hina?Sudah tentu tidak,kan?Hampir setiap Muslim mengimpikan mati dalam keadaan khusnul khotimah.Semoga dengan perkongsian ini dapat menyemarakkan lagi semangat kita untuk bersolat.Selamat beribadah..^_^

No comments:

Post a Comment